Monday 25 July 2011

Tak sedapp! Kurang masinn! Cehh!

Arini takde keje sangat..boring gila kot..gila pun tak boring macam nih..
Da la perut tersangat la lapar..Tadi ingat nak puasa..even tak sahur,tapi berlagak konon2 kuat la kan..
Skali masuk kul 11,aku punye gastrik datang menyapa..sangat kuat dia menyapa hingga memaksa aku untuk berbuka dengan serta merta..heh sangat sadis kan cite nih..T_T

Mula2 nak wat air milo,tapi bila masuk pantri..nampak ada serawa durian ke sendawa ntah..sape yang bawak ni pun aduii..skali kak saleha menjerit dengan ayu...

"Ika,ko makan la tu akak bawak..makan ngan roti tuh.." (eh,dia dengar ke aku tanye,heh)
"Eii..ape ni..?*buat muka annoying
"Itu kuah durian la..serawa durian,takkan ko tak kenal?ke kat kelantan panggil ape?"
"Ooh...durian...Eii,ika tak makan la doyan..kampung la..ishh*wat muka annoying lg skali
"Ahh,sudah la ko..tak payah nak blagak..jap gi aku tengok ko ngadap mende tu,siap!"

Tak sampai 2 minit,roti cicah doyan sendawa tu dah slamat dlm perut aku..huih,sedap la plak..3keping roti aku hadap! Sambil2 tu jeling gak kak saleha kot2 dia nampak..heheh macam la dia taktau..hikhik

Pastu keluar,aku cakap lagi..
"Kak Saleha,kuat la bau doyan tuh,tak tahan la..'
"Eleh..ko takpayah nak membongak(menipu),yang ko makan tadi ape?pigidahh,kampong konon..aku pelangkung ko karang...!"
"Wahh,garang oi..hikhikhik..tima acih kak saleha..sedappp,hingga menjilat bibir..hahaha"

Ok lunch aku arini,nasi goreng cina...ptuihh,tak sedap langsung..takde rasa ape pun..jangan kata cina,india pun tak rasa..cet,rugi duit aku jer..kalo tau,tak bayar pun tadi..cehh!


p/s : mlm ni nak masak ape eh..?sejak ade peti baru nih,rajin pulak aku masak,yang tukang makan,housemate aku lah..untung korang eh,time aku masak,ko tgk tv..time makan,elok je ko ngadap eh..kurang asam jawa!
Ok lah,Bye..! T_T

Wednesday 20 July 2011

Awak bila lagi..?

Awak bila lagi?
Eh ika bila plak?
eh ngko bila?tak sabar nak tengok ko plak naik pelamin..

Hish,boring la aku....
ni yang haku malas dah nak balik kampung skarang ni..asik2 soklan sama je aku dapat..
Bila nak kawin?tanak tunang lagi ke?eh nak tunggu ape lagi?takkan la takde calon lagi kot...

Ni sumer sepupu2 aku lah punye pasal..dorang yg kawin awal,haku lak yg kene..ceh!
Oi makcik..makcik ingat kawin ni macam main masak2 ke?main hentam je..
Ape ingat haku ni tak normal ke??sape tanak kawin kan?semua pun nak kawin,pastu mengandung,pastu beranak..nak2 dapat anak kembar..fuhh,bestnyaa la kan..heheh

Haa kan,tak semena2 aku dah verangan tak tentu fasal..hampeh tul dorang nih..
Cuba la skali skala aku balik,tanya aku sihat ke..macamane keje?ok ke?ade laki ngorat tak kat opis?eh pakai produk ape eh muka nampak comel skarang..eh??
Ni tak,duk tanye soklan tak berpekdah gitu..sentaphatimak tau..
Eh Hellooo...ai baru nak masuk doplohdua ok..bukan patplohdua..ai masih remaja..muda trangtangtang..takkan dah kene pikir pasal bende tu kot..
Ehmacamsial la..ptuihh(zizan dlm KL Gangster)



Okeyh,entri takpuashati abis di sini..saya terpaksa sambung wat keje..gaji bulan 7 da nak 'run'...
Till then,take care people..(Tiru ayat Fatin Suhana nih)



Tak puas lagi duk bwh ketiak bushuk bak..^_^



p/s : Kalo ade org bagi duit patblasratusribu kat aku skarang nih,esok jugak aku gi wat persiapan nak kawin..huh glojoh gak aku ni ek..T_T

Thursday 16 June 2011

Ish kesian.....

Ish ish ish...kesian plak gua tengok blog gua nih..dah macam ape da..sudah lame idok di'update'..
kalo bilik,dah bersawang bagai dah ni..uhuh tapi xpe..blog gua amat memahami diri gua yang agak bizi ini..wahh gitu...T_T
Ok untuk memujuk blog gua yang agak busyuk ni..gua bagi lah..sekeping gambo..ek?suke la tu..^_^


Okeh,trima la muka gedikss yang amat dari gua..mueheheh *_<

Friday 20 May 2011

Sedihnya..Pengorbanan seorang ibu demi menyelamatkan anak2nya..sehingga diri sendiri menjadi korban..:'(

Kasih Rafidah ke hujung nyawa





ALLAHYARHAM Rafidah Ismail, 36, seorang ibu biasa yang terkorban ketika mengharungi dugaan luar biasa. Namun, apa yang berlaku kepadanya bagai manifestasi betapa agung dan agamnya kasih bonda yang bergadai nyawa demi anak-anak tercinta.

Sebagai ibu, dia bukan sahaja telah mengharungi sengsara sembilan bulan melahirkan zuriat, bahkan dia bergelut dengan api demi mendahulukan kasih sayangnya buat tiga cahaya matanya.
Pada pukul 1.30 petang, Jumaat dua minggu lalu, ketika khutbah berkumandang di mimbar-mimbar masjid, Rafidah dan tiga anaknya, Rashidah Illyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6 dan Zaim Iqbal Zamri, 2 melalui detik cemas apabila rumah jenis teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, Kelantan terbakar. Punca api dilaporkan bermula dari arah dapur.

Menurut akhbar, Rafidah tidak dapat menemui kunci pintu jeriji besi depan rumahnya mungkin dek kerana panik. Ia menyebabkan empat beranak itu yang berada di ruang tamu terperangkap dalam api yang makin marak.

Api menyambar tubuh

Lantas, Rafidah yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Krai kemudian nekad memecahkan cermin tingkap. Dia kemudian memerah sekuat kudrat dengan membengkokkan palang besi tingkap untuk menyelamatkan anak-anaknya terlebih dahulu dengan mengeluarkan mereka menerusi tingkap. Mungkin itu hasratnya kerana jika diukur daripada saiz tubuh Rafidah yang agak besar dengan berat 85 kilogram tidak memungkinkan dia keluar daripada ruang tingkap yang kecil itu.

Bunyi kaca yang pecah telah mengundang tanya di hati jiran sebelah rumahnya, Hasnah Mahmood, 34, seorang wanita yang sedang sarat mengandung lalu bergegas ke rumah Rafidah dan terkejut apabila Rafidah memberitahu rumahnya terbakar.

Hasnah membantu Rafidah menyambut keluar anak-anaknya dari tingkap bermula dengan yang bongsu, anak kedua dan anak sulungnya.
Kala Rafidah mengeluarkan anak sulungnya, Rashidah Illyana, Hasnah sudah pun menyaksikan api menyambar belakang dan kepala Rafidah. Kisah tragis itu berakhir dengan Rafidah membawa naluri kasihnya sehingga ke liang lahad apabila ditemui rentung berdekatan pintu rumahnya oleh bomba setelah kebakaran berjaya dipadamkan.

Suaminya, Zamri Hamat, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah pada masa kejadian kerana bertugas dalam operasi hutan di Grik, Perak. Sebaik sahaja menerima berita itu pada kira-kira pukul 2 petang hari kejadian, dia bergegas pulang dan tiba di Kuala Krai pada pukul 6 petang.
Zamri ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini, nampak tenang namun apa yang tersimpan dalam gejolak rasa lelaki cekal itu tiada siapa yang tahu. Bayangkan, hati suami mana yang tidak luluh apabila kepulangannya ‘disambut’ dengan jasad isteri yang sudah rentung tidak bernyawa.
“Arwah rentung sepenuhnya sehingga identitinya sukar dikenali. Saya tidak sangka ini terjadi kerana ketika saya menghubunginya malam sebelum itu tidak ada apa-apa yang membimbangkan melainkan arwah memberitahu anak yang bongsu demam. Tapi, ini semua ketentuan Ilahi yang tidak mampu dilawan. Sudah ditakdirkan Tuhan arwah dijemput ajal apabila tiba masanya, tidak lebih atau kurang sesaat pun. Saya reda,” ujarnya yang berkahwin dengan Rafidah pada tahun 2004.

Zamri berkata, Rafidah seorang ibu yang tegas, namun amat penyayang. Dia juga seorang yang amat mementingkan keselamatan anak-anak dan suka membantu orang lain.
Baru tiga minggu lalu, Rafidah membelikan banyak kain ela untuk dihadiahkan kepada ibu dan pengasuh anaknya selain untuk mereka sekeluarga bagi dibuat baju raya sempena Aidilfitri Ogos nanti.
“Anak-anak saya pun tidak banyak bercakap tentang hal itu mungkin mereka masih terkejut. Apabila saya tanya anak sulung, Rashidah cuma kata nampak api,” katanya.
Jeritan sayu Rafidah

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dalam pertemuan itu, anak bongsu, Zaim Iqbal banyak menangis dan cuba ditenangkan Zamri. Anak kecil itu seolah-olah dapat merasakan ibu yang selalu didampinginya tiada lagi di sisi. Rashidah dan Zaim Shahrul seperti kanak-kanak biasa yang mungkin masih mentah yang adakalanya berlari ke sana sini. Namun, bila disua untuk bercerita tentang tragedi yang membuatkan mereka kehilangan ibu sekelip mata itu, mereka enggan bersuara.

Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang uzur dan adik Rafidah, Roziah Ismail yang berusia 20-an juga menerima trauma yang tidak kurang hebatnya. Mereka yang tinggal di taman perumahan yang sama sempat tiba di depan pintu rumah Rafidah, namun tidak berjaya menyelamatkannya.
Jeritan sayu Rafidah yang merupakan anak sulung: “Abah tolong Along!” dan “Ji, tolong Along Ji!” sehingga teriakan itu lenyap mungkin suatu yang sukar diasing daripada ingatan.

Ismail yang menghidap lelah hanya mampu termengah di depan pintu rumah dan terduduk selepas berlari ke situ, manakala Roziah mencuba pelbagai perkara untuk menyelamatkan kakaknya seperti mengetuk pintu jeriji besi dengan batu dan menghubungi pihak bomba.

Jika Ismail dan Roziah sempat tiba ke rumah Rafidah, ibunya, Romlah Mamat, 56, pula jatuh terguling di tengah jalan ketika berlari untuk ke rumah Rafidah sebaik sahaja dimaklumkan jiran berlaku kebakaran itu.
Bergelar jururawat, sifat membantu sebati dalam diri anak sulung enam beradik itu. Menurut Romlah, Rafidah seorang yang gemar menghulurkan bantuan kepada orang lain dan sebagai kakak dan anak yang sulung, dia sanggup berkorban.

“Sebelum ini dia berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu namun, meminta untuk berpindah ke Hospital Kuala Krai kerana mahu menjaga saya dan suami memandangkan rata-rata adiknya terpaksa tinggal di luar negeri ini atas tuntutan kerjaya dan keluarga.
“Ramai rakannya datang ziarah tadi dan ada yang memberitahu mak cik, Rafidah orang yang paling ceria di hospital. Lepas ini pasti mereka sunyi,” katanya.

Romlah juga tidak dapat membendung tangis, tatkala mengenangkan keanehan apabila anaknya itu menghadiahkannya kain ela untuk dibuat baju raya lebih awal daripada biasa pada tahun ini.
“Selalunya dalam dua bulan nak raya, tapi kali ini lebih awal. Dia sudahpun beri kain ela itu pada mak cik. Dia juga belikan kain ela untuk pengasuh anaknya yang juga adik mak cik,” katanya.
Seorang ibu saudara Rafidah, Raihaniah Yaakob, 62, menyifatkan ketiadaan Rafidah sebagai kehilangan yang besar bagi dirinya.
“Dialah yang banyak membantu apabila mak cik ke hospital dan menghubungi mak cik bertanya khabar kesihatan. Mak cik ni ada macam-macam penyakit, darah tinggi, kencing manis. Dia memang suka menolong siapa-siapa pun terutamanya orang tua. Dia juga merancang untuk membantu ayah mak cik yang sakit tua menjalani proses pembedahan di bahagian perut Julai ini,” katanya sebak.

Jirannya, Hasnah berkata, menyaksikan api yang sudah menyambar di kepala dan belakang Rafidah merupakan visual yang menerbitkan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya kala melihatnya dan melalui detik genting itu. Saya cuba menenangkan Rafidah untuk mencari kunci dan minta dia bertakbir. Namun, saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimanakah kalau perkara sebegitu berlaku kepada saya,” katanya yang menyifatkan Rafidah seorang jiran yang peramah.

Hasnah bagaimanapun tidak tahu bagaimana Rafidah membengkokkan palang besi tingkap itu. Menurut keluarga, ia dipercayai dilakukan dengan tangan Rafidah sendiri. Barangkali ada kekuatan yang diberikan Tuhan saat itu seiring kekuatan nalurinya untuk menyelamatkan anak-anaknya.

Takdir Tuhan juga, di saat semua barangan dalam rumah binasa, dua naskhah al-Quran dan lima helai kain ela yang diletak bersebelahan dengan kitab-kitab suci itu tidak dijilat api seperti yang dilaporkan Kosmo! baru-baru ini.

Walau apapun hikmahnya yang hanya diketahui Tuhan, namun, sekurang-kurangnya kain ela itulah kenangan dan penyambung kasih sayang Rafidah buat anak-anaknya walaupun dia sudah bersemadi di pusara.


palang tingkap yang dibengkokkan..
Kalo pikir logik..ape lah sgt kekuatan seorang wanita nk bengkokkan palang besi tu kan..
tapi Allah tu maha Kuasa,diberinya kekuatan di saat genting untuk menyelamatkan nyawa anak2nya yang penting..akhirnya dia berjaya,tp diri yang menjadi korban..*_*


p/s : Sedih sangat baca kisah ni..bape kali aku nanges...:'(
       Takziah buat keluarga arwah..*_*

Thursday 19 May 2011

Entri artis hari ini..^_^

Eh3 comey nyer budak ni..nape lah comel sgt weii...eii,geram! Rase nak lempangcubit je pipi dia..uihh

Aku minat ar tengok budak ni..dia berlakon dlm Sejadah Kaabah aritu kan?dlm Juvana pun ade jugak..jadi anak makcik kantin..hehe
Aku rase macam dah penah tengok dia berlakon sebelum ni..tapi lupa la cerita ape..dah puas aku termenung duk pikir..tak keluar2 jugak..ah lantak ahh,adekokesah??

"Eh,ko duk membebel pasal sape nih??duk puji cantik2 nih..cakap pasal aku eh..?tapi aku tak penah berlakon kot..cerr cite cerr cite" T__T

Citt,poodahh...takde maknenya aku nak cakap pasal korang..jangan nak perasann lak eh..lupa lak aku nak gitau..yang aku duk membebel dari tadi ni..aku duk cite pasal budak pompuan yang comel sangatt2 nih..Ala yang berlakon dalam cerekarama Sejadah Kaabah aritu la..kan aku dah habaq tadi..nama dia Eyka Farhana tak silap aku..2 pun sebab aku google tadi,heh..seb baek aku pompuan,kalo x dah tangkap cintan dah..ni yang aku nak jadik lessbo nih..haha
Ok,layann gambar2 beliau..checkidaut!!



Comell kan??mase ni nampak macam Tiz Zaqyah skit..part mata dia kan..


kat sini macam Almy Nadia pulak..hish


Haa yang ni lagi nampak macam Almy Nadia..kan?

Almy Nadia



Alamak,seksi la pulak..heh

Comell...

Alolo comelnyer..macam puteri..

Aku kan,minat sangat ar ngan Almy Nadia nih..dia berlakon la watak ape pun..memang aku suka tengok..even bawak watak gedik,pompuan jalang,gatai nak mampus skali pun,memang aku takkan naik mual lah tengok dia..heh!
Kak Almy,bila u nak kawin ngan abang Fizz Fairuz..?tak sabau nak nengok Kak Almy pakai baju pengantin..mesti Comell macam Princess kan?Uiiii....(gatai)


Cepat la kawin korangg....T_T

 p/s : Credit gambar-Google

Friday 15 April 2011

ADE HAKU KESAHH??

Da lama tak hapdate belog..rindu lak rasenya..
Sorry ye..kepada sape2 yang merindui tulisan atau post dari saya..saya mintak maaf..
sebab saya agak bizi kebelakangan ni..harap dimaafi ye....
Nanti bila2 ade masa,saya update dengan cerita2 yang best lagi menarik..k?:)

Sbelum tu,terimalah sekeping gambar dari saya..untuk tatapan anda semua,sebagai pengubat rindu..
Semoga bertemu kembali di lain waktu..Assalamualaikum...^_^



Haa terubat tak rindu..?;p

Gambo ni masa saya ade terlibat ngan dinner kat hotel Times Square..sempena ade sorang Ketua Pengarah ni yang bersara..tp sedih...xdapat salin baju kasik lawa skit..sob sob sob
Mane tak nye,reherseal sampai tiga kali kul 7 baru siap..7.30 majlis da nak mula..mane nak solat lagi,nak mandi lagi satu hal..mekap lagi la tak sempat kan..so buat ape yg wajibalghunnah jelah..solat je yg sempat..penyudahnya,pakai jela baju buruk tuh..huh malu siot..dala kene naik pentas tolong pass hadiah..rosak majlis jer pakai baju buruk..hek
Tapi seb baek ar tak banyak pun kene naik pentas..2 kali jer,lagipun x masuk tv pun..majlis kecik2 jer..kat dewan je ponn..kalo tak..mau gelabahnya haku,nak masuk tv pakai lagu tu..
Mane mauuu nyerrrrr! Heheh
Tapi takpe kott,janji lawa..aku pakai ape pun lawa kot..erk?*nampak sangat ke perasan?T_T


Ini saya dengan bos saya..
*nape gedik nk letak gambo ni lak?budget lawa ke?
Hehe taklah..saje..;p


 p/s : 'Eh adekukesah ke ko nak update ke tak?Ade yg bace ke blog ngko??Prasan je,nak mintak maap bagai,mcm la ade org tau ko tak update blog..pigidah...!'
*Mesti korang cakap gitu kan?hiks..adekukesahh??^_^

Friday 1 April 2011

Yes,Yes,Yes,dah jadik...T_T

Jadik dah..haha x sia2 aku menggodek2 tutorial..
Tapi,lupa la blog sape aku tgk tutorial 2..sebab banyak sgt aku bukak,pastu bila dah jadik,terus tutup blog 2 tanpa meng'copy'link untuk mengucapkan tima kasih..hihih,sori..^_^

P/s : Usaha Tangga Kejayaan..Naik tangga dulu,baru leh berjaya..Paham??

Nuffnang Scroll Down

Ish,tajuk ntah pape..adekukesah??

Eii,geram tul..da puas aku godek2..tak jadi jugak..
Nape la iklan nuffnang aku tu duk kat tengah2..?Korang tak serabut ke nengok?
Pelik teman nengok nyer....*cakap dengan gaya usop,tangan pusing2*
Aku ni bukan gheti sangat bab2 IT ni..aku letak iklan tu pun aku refer tutorial blogger2 yang buat..
Kalo tak,idok le teman tau nok membuatnyer..heh
Tapi buat punyer buat,jadi la duk tengah2..padahal dekat kod tu aku dah letak dah bottom,and right position..tup2 bila view,jadi duk tengah2 pulak..yang heartbeat tu dah jadi da..nuffnang ni...ish,geram teman dibueknyo ha...

Jadi di sini,saya nak umumkan...
Mintak perhatian yer....sape2 yang tau cemane nak mengejaznye,sila angkat tangan macam saye ni..
*tangan pusing2 ke atas*

Ok,di sini saje..majlis diminta bersurai yer.....T_T

Tuesday 8 March 2011

Pameran Kraf Kebangsaan...

Sepertimana yang kita tahu(skema giler ayat)..satu pameran kraf telah diadakan di Kompleks Kraf Kebangsaan pada 26Feb-7Mac 2011(kalo tak silap lah)..

Dan,untuk pengetahuan sumer..saya pun pegi jugak...tihehe....T__T
Syok la jugak..em,ok je la..tapi tak beli pape pun..coz takde yang menarik la..kalo ade pun,macam mahal je..ingatkan tempat gitu,barang2 jadi murah..tapi tak pun..same jer..mahal jugak punnn(bak kata Ah Chai-Johan)heheh!
 Jom layan gambar...

 
Chanteq kan baju pasangan nih?^_^


Pasangan ni pun sweet jer..


Haa...yang ni lagi lawa..kan?;p


Eh yang ni lagi chomel kowt..erk??


Hok ni memang siyez nice la...ase macam nak curik bawak balik jer..uhuh


Eh besor nye..kaki sape yang muat nih..dialah putera ku..T_T


Ni kasut ke duyung??


Nak selit jugak satu gambar i..^_^
(eh satu ke dua?)

Uih,seksinya minah berkulit hitam nih..tak senonoh!
 

Ade Haiza & Fazli Zainal..tak sempat nak hamik gambo same..(padahal malu)


Nak letak satu lagi gambo..^_^
Comel kan krusi nih?
Cer teka..laki ke pompuan?hahahah
(Ops,tak baek woo gelakkan orang)T_T
  

Friday 4 March 2011

Kerja itu satu ibadah

Penatnyer keje arini..penat pikir..
Cane nak selesaikan masalah ni..tension la..*_*
Macam2 kerenah la manusia ni kan..Silap sikit pun nak perbesarkan..silap banyak lagi lah..!
Kalau kesilapan yang takde ape2 effect tu tak payah la nak perbesarkan..ye dak..
lagipun,kesilapan tu bukan datang dari pihak saya..nape saya pulak yang kene...

Yang dokter tu pulak,nama je keje dokter..nama je blaja tinggi..tapi kalo bab2 camnih,memang fail..
Takde sivik langsung(eh ade kaitan ngan sivik ke?)T_T

Aduss,aku rase harini memang hari yang bermasalah kot..bermacam2 masalah yang datang..bertimpa2..
Skejap satu,satu lagi masalah datang..kepala aku pun dah penat pikir..sampai nak cakap pun aku tak larat tau..macam orang tak makan sebulan dah...otak kalo penat,badan pun ikut penat skali kan..
Huh,ingatkan keje duk ngadap komputer gini je,takdelah penat..tapi penatnya mengalahkan orang keje buruh kasar rupanya..Penat,penat,penat.......!

Mood harini,sangatt penatttt.......! Sangat biziiiiiiiii........!(tapi sempat update blog..heheh)

Saturday 26 February 2011

Best ker..?

Arini nak cakap sal kawin..hehe

Best ke kawin eh..?pas kawin,mesti kene mengandung kan?pastu besalin..aduss,itu yang paling aku xley blahh..takutnyer nak bsalin..

Actually aku ade terdengar kakak2 kat opis ni duk cite pasal pengalaman dorang masing2 mase besalin..ish,ngeri lah haku..ade yang cite kene vakum la..ade yang kene gunting la..sebab anak tu tanak kuar,sebab dia punya ** tanak terbukak besar2,so kene r gunting..uish,ngeri siott....

Pastu cite lak pasal dokter2 yang sambut kelahiran tu..kebanyakannya laki..eii,malu la..dorang tengok kite punye tu kan..ade stengah tu sampai tlanjang bulat2 dah..ye la tengah teran2 tu kan..sume dah tercabut2 dah..n tak sempat nak tutup dah..uish yeke sampai macam tu eh..tapi akak opis ni kate,mase tu kite dah sakit sangat dah,x pikir malu dah..yeke?*konpius jap

Teringat pulak dulu,ustaz aku ade cakap..kalo nak bersalin,cari la dokter pompuan..dosa tau dokter laki duk tgk2 aurat kite..
"tapi,kalo kat ospital tu sume dokter laki je,nak wat cane?"
Kalo takde dokter pompuan,sume org kat ospital tu kene tanggung dosa..

Eh yeke mcm tu?ke aku salah dengar?atau aku silap paham ke?
Hish,takut gak dengar statement camtu kan?Kalo la betul..cane?ish,idok la teman tau..hurm...

p/s : pesanan buat my future husband..i tanak anak leh?amik anak angkat jer..atopun amik ibu tumpang..T_T
heheh juz kidding..takut lak kang cakap gini,nanti betul2 tak dapat anak baru ko tau kan..heh

Thursday 17 February 2011

Kelebihan merajuk..

Wahh,gitu tajuk..macam majuk ngan pakwe jer bunyiknye kan..
Actually,bukan i pun yang majuk..mata i ni haa...tanak tido lak..dari tadi i cuba pejam,ayat2 suci Quran tu toksah cakap lah,sume i da baca..tapi tu la..tak makan saman gak..uih,teruk bebenor majuknye kali nih!

Nape majuk??takkan r sebab i tertido petang tadi(kejap je ponn),dia majuk bawak sampai ke malam..
yela..tak penah2 tido petang kan..patpluhlapan taun skali kot tido petang2..mane tak majuk..huh,sensitip bebenor..

Eleh..tapi takpe..banyak gak kelebihannnya..^_^

  1. Rumah akan kemas,maksudnya takde satu bijik habuk pun yang ko akan jumpa bila bangun esok hari..haha sebabnya,kau akan boring *secara otomatiknya ko akan mengemas rumah an..(org laen aku taktau r,tapi org rajin macam haku nih gitu r)heh poyo!
  2. Pinggan mangkuk dalam singki akan licin..
  3. Perutmu akan buncit akibat aktiviti mengisik lemak tanpa henti..Beratku akan naik mendadak(BMI akan ke paras normal)Yeaaa...aku akan normal...!
  4. Baju2 kotor habis dicuci sebersih-bersihnya..;)
  5. Semua kelebihan2 di atas..T__T
Kan da bilang,baannnyakkkkk kelebihannya..(lebih dari 2,banyak r tuh)T_T
Aduss...wahai mata,cepat la ngantukkk(cane nak ngantuk ko asek online jek dari tadi)
Eh yeke.? Ha'a la...aku asek online je duk tengok skrin lappy dari tadi..cane nak ngantuk..
Status fb pun da bape minit skali da aku update arinih..pecah rekod tu..update status banyak2 dalam masa 1 ari..heh!
Poyo kan aku,macam la pelik sangat tido lewat..org lain tak tido sampai kul 3,4pagi tak kecoh ponn..yang ngko nih baru kul 12mlm berjaga,da riuh satu kampung macam ayam berak kuar kapur..satu kampung nak bitau..huh takde maknanye lah!
-Eheheh,yeke..tak pelik eh kalo tak tido lagi kul 12??aku ingat mcm pelik sangat..maklumla..tak biase..kalo tak kul 10 or paling lewat,kul 11 aku dah terbungkang dah..silap2 da mimpi kawin ngan anak raja dah..heheh^_^

Ok lah,tanak online dah..kalo duk gini,sampai esok pun tak sudah..nanti liat pulak nak bangun pagi kang..neboii,nak tido..nyte sumer..;)

p/s : The best part is,aku dengan secara tak sengaja dah dengar ceramah agama kat tv9..best kan tido lewat^_^
(tak semak pun ntah hape mende yang aku membebel kat atas tuh..lantak ah,salah eja ke salah ayat ke..arap dimaafi..;p)

Friday 11 February 2011

Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi

Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi?????? ????? ????? ???? ???????

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat ,contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
****
Cube kita renung balik, sbb tulah rmai manusia malas beribadat, suka buat maksiat, melawan ibubapa, sakit, x sihat dan byk lg...!!!!! SBB APE???? SBB makan makanan yg terang dan nyata tidak elok, tdk halal dan SYUBHAH. ORG YAHUDI SAMPAI KIAMAT MMG NAK HANCURKAN UMAT ISLAM.. rajin2la bce quran dan fahamila ape yg tertulis dlm al-quran...SO MCM2 CARA DIORG BUAT UTK HANCURKN UMAT ISLAM DENGAN MEMESONGKN AQIDAH....so fikir2knlah


p/s : Ni saya dpt email  dari sape ntah..lupa lak..aci kan nak copy kat sini..untuk peringatan bersama..T_T

Thursday 27 January 2011

Perjalanan jauh tak ku rasa..kerna hati ku melonjak sama..ingin berjumpa sanak saudara..yang selalu bermain di mata......

~ohoho balik kampung.............
ohoho balik kampung..........
hati girang.............eheh,tetiba lak rasa cam nak nyanyi lagu nih..
Tetiba lak rasa macam hari raya..;p

Besok mau balik kampung...eii,tak sabarnyer...;)
Tak sabar mau jumpa bak,nak bertegur sapa ngan orang kampung..(sgt peramah kan),nak rasa masakan kampung..mau tengok bilik ai..masih comel dan KEMAS seperti dulu kah..(saje wat hurup besar perkataan tu,sbb bilik ai memang KEMAS ponn,haha).Nak pegi melawat kubur umi..
Rindu sangat2..*sob sob:'(

Saya sampai sekarang rasa macam tak berapa nak percaya dengan pemergian umi..terasa seperti baru semalam cakap ngan umi,kite borak2..rase baru je dengar umi gelak bila adik buat lawak..*adik saya sangat lawak sebab suka tanye soalan bukan2,contoh:

Adik : Umi,Allah warna biru kan?
Umi : Hah?mane adik tau?kan umi dah cakap..kite mane leh nampak Allah..Dia jer leh tengok n nampak kite..
Adik : Tapi,cikgu adik kata Allah duk atas langit,Allah Maha Besar..adik tengok langit tu warna biru..?
Umi : Kite tak boleh nampak Allah,jadi cane kite nak tau Allah tu warna biru...(banyak lagi umi xplain,aku lupa n aku malas nak tulis sini)

*Mungkin dia ingat yang warna biru tu sume Allah la kot..Sebab cikgu dia kata Allah Maha Besar kan,so dia ingat Allah tu besar la kan..heh,mcm2 la budak2 nih..ntah hape2 la dorang pikir kan,kretip(kreatif)tul..

Adik jugak penah tanya,
Masa tu kite tengah makan megi..
Adik : K.ngah..adik nak wat teka teki..meja ni sape wat?Allah ke manusia?(kat sekolah tadi cikgu dia ajar benda ciptaan Allah n ciptaan manusia)
Aku : Mestila manusia..
Adik : sudu ngan garpu?
Aku : Manusia la..(dah boring dah..sbb teka teki senang sangat,tp layankan ajer)
Adik : Pokok n tumbuh-tumbuhan?
Aku : tu sume Allah la yang buat..adik ni ape r tanye soklan senang nak mampos idop..
Adik : Urm..(berfikir sejenak)k.ngah,megi ni Allah ke manusia yang buat?
Aku : Mestila manusia buat..slurrppp *bunyik aku hirup megi
Adik : tapi,megi ni diperbuat dpd ape ek..?
Aku : taktau..tepung kott..
Adik : tapi,adik ase tak lah..
Aku : Abes ape..
Adik : Adik ase megi ni wat ngan rambut umi kotttt...
Aku : Brrrrrrrrr..uhuk uhuk *megi aku tersembul kuar..(eh,tersembul ke tersembur)
adik : K.ngah ni makan la leklok..mcm budak2 lah..

wakakakaka..yang haku ase klakar tak bley blah tu,muka dia giler siyes dowh..siap kerut2 dahi lagi tuh..konon tengah pikir dengan siyes la..(memang siyes pon)
boleh pulak dia pikir gitu..mentang2 rambut umi kerinting,dia leh samakan ngan megi lak..
tak terpikir ke dia,kalo orang tu nak wat megi,takkan la dia cabut rambut sekor2 pastu proses wat megi..pastu,yang tak tahan lagi,rambut umi palak tuh..bila masa lak orang wat megi tu datang umah aku nak beli rambut umi kan..heh,dalam mimpi dia kot..haha klakar klakar...

p/s : Banyak lagi soklan tak masuk akal..len kali lak citer..;p
Skali lagi nak bitau,besok nak balik kampung....!;p
Heh,adekukesah??!
Apepun,saya rindu Umi sangat sangat sangat.............:'(
-Al-Fatihah-

Tuesday 25 January 2011

..Mencari Cinta..

Baru-baru ni,dapat email..agak menarik gak kandungannya..ianya berbunyik begini :

******************************************************************************

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......


*******************************************************************************

p/s : Dapat tak ape maksud di sebaliknya tuh..?;p

Monday 24 January 2011

sape sudi ajar saye..?^_^

Suke bukak blog orang n tengok header lawa2..
Tetiba,terdetik di hati..

"Nak wat header..tapi xreti.."
Tolong la sape2..ajar saye..^__^

*Buah cempelak di luar pagar,amik galah tolong jolokkan..
Kalo tale galah,tolong bagi saye pinjam kelusi or tangga boley..?saye panjat sendili..;p


tapi buah cempedak ni xpayah jolok ngan galah ponn..
petik jer..;p

Tuesday 18 January 2011

Cane nak unfollow??

Halamak terfollow blog sendiri lak..huhu cane ni..?
cer tengok kat followers saya tu..ade nama sy sndiri kann..
Mesti korang kate sy syiokk sendiri..huhu
Cane nak unfollow balik..?ala jgn la camtu,sy tau r saya ni buta IT..tp tak payah la awak nak cakap kuat2..malu i tau..^_^

Plisss la..help me plisss..?*kelip2 mata menggoda*
Hah??tak tergoda lagi ke..?oke..sy memang tak pandai menggoda ponn..T_T

Malasnyerr....

Malasnye nak hapdate blog nih..
Bila baca blog orang len kan,pastu tgk entry yang panjang2 pulak..i macam terfikir..
Uh,dorang ni otak kancil kah?banyak tol idea nk update kann..
atau,dorang ni keturunan semut kott..keturunan yg stok nak rajin je ann..

Ok,memandangkan haku malas nk update,tp nak jgk ade entry baru..(Bukan ape,huduh la nengok mcm sticky post je)So,aku nak letak gambar lah..hehe poyosss...T__T


Abang saya berkawad semasa istiadat Watikah Perlantikan
haa nampak tak abang saya..?

Ala yang paling kiri skali tu..abang saya kene jadik penanda sbb dia tinggi skali..
Hah??tak nampak jugak ker..?
Okeh sy tunjuk yang dekat punye..tak nampak lagi tak taulah..;p


Ni masa Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah(asal pnjg benor nama dia nih?pegi cek perbarisan

Antara family yang hadir(mcm caption tuk perkahwinan artis dah..haha ok,tak ponn!)

Nak jugak masuk..T_T

p/s : Ok sampai sini saje entry mulus malas dari saya..sekian,bertemu kembali di lain waktu..;)

Monday 10 January 2011

Sambungan episod tetamu..(",)

Sambungan...;p

Owh,akhirnya setelah berfikir sejenak & dua tiga jenak,saya telah membuat keputusan untuk masak..
lauk spesel punyer..ayam kurma....!
Best tak..?kalo tak best pun pedulik hape haku,janji aku masak jadik..asal ayam tu masak n boleh makan,okey la tuh..heh

Skang,bila dah besar sket..dah menginjak ke alam remaja ni..(remaja lagik hokey),baru lah i paham..kenapa umi sibuk2 sangat nak layan tetamu bebaik..
Pertamanya,layan tetamu yang datang ke rumah adalah wajib..dalam agama pun ada bagi tau kan..berdosa kite tak layan tetamu tau..
Then,kite akan puas hati wat camtu..bila tetamu kite gembira dengan layanan kite,secara otomatik kite pun akan happy jugak kan..
Lagipun,kalo kite layan depa elok2,nanti kite nak pegi jalan2 umah depa plak nanti,depa pun akan layan korang elok2 jugak ar..silap2,depa hidang KFC buat tatapan korang..Haa,sape nak jawab tu..?
Takde saper nak jawab,nak tolong makan ramei la..buang masa haku nak jawab2,makan lagi baik(hape haku bebel ni..?T_T


p/s : abaikan penggunaan kata ganti diri dan bahasa yang mengarut ntah pape..emosi sy sedang dlm keadaan kurang stabil..*_*

Sunday 9 January 2011

Hah??ade tamu nak datang..???

Dulu2 kan,kalo ade orang nak datang umah,arwah umi aku sibuk je..kalut duk pikir nk hidang ape kat tamu,sibuk nak kemas umah bia nampak cantik & kemas..yang tak tahan tu,aku lah yang akan jadik mangsa,kene kemas umah..pastu kene tolong masak2,buat air lah segala bagai..uh,mencik tau..


Nape eh..?perlu ke nak sibuk2 gitu..biar jelah dorang nak datang,kalo umah tak kemas pun ape dorang kisah..bukan umah dorang pun,suka ati kite la umah kite kan..sape suh dorang datang mase umah kite tak kemas kan..
Pastu sibuk nak masak2..alahh,dorang bukan datang nak makan pun,nak melawat je kot..nak jalan2 je kan..paling tak pun,hidang biskut cap ping pong cicah air teh'o cukup la kan..hurm,tak paham lah aku orang tua2 nih..


Tapi kan,kalo yang nak datang umah tu sedara mara aku,aku suker jer..heheheh(senyum senget2 mcm org jaat *angkat2 kening sbelah)..sebab aku tak payah ar tolong2 kat dapur..dorang mesti akan tolong punye lah..aku slamber jer duk mengangkang depan tv sambil pegang remote kuat2 tak bagi abang aku rampas,nanti dia tukar chanel..pastu bila umi panggil buat2 tak dengar konon..bila da abis citer aku,baru la masuk dapur..buat2 tanye..


"Umi,anything can I help you..?"(heh,keji kan,tunjuk baik..konon la anak mithali kan)
Naseb baek ade orang,kalo tak memang free2 je penampar umi singgah kat pipi I yang mulus ni..heh


Tapi,umi mesti nak jaga ati aku kan..oleh itu,dengan senyuman yang manis,seraya umi berkata..


"Owh,baiknyer anak pompuan umi ni..bagus2,pi basuh pinggan kotor dlm sink tuh,pastu buat air oren sunquick(betul kot eja gini),kite nak makan da.."


Citt,aku ingat da siap sumer dah..nyesal aku tunjuk bakat lakonan aku tadi..patutnyer aku simpan dulu kemas2..silap ar aku tunjuk awal2..huh,mencikk


Uihh,panjang tul intro aku nih..*Oitt,tu baru intro ker..?aku ingat dah keseluruhan citer dah..citt,poodaaah!
Hehe,soriii..saje wat saspen..T_T


Sbenarnya,aku nak bitau smalam ade orang nak datang umah..*identiti tetamu terpaksa dirahsiakan atas sebab2 peribadi*(wahh,poyo jer nak rahsia2 kan..heh^_^)
Pastu kan,bila dapat tau je dorang nak datang,terus aku kalut2 duk pikir..aduss,nak kene kemas umah ni..walaupun takde barang sangat punn,nak kemas ape kan..(umah bujang kata..)tapi kene gak kemas.pastu pikir lagi,nak bagi makan ape nih..nak masak ape nih,halamak..! Kene g beli lauk lah..lauk ape..?*terus jadik kaku,mendongak ke atas sambil pikir*


......citer bersambung.....(episod akan datang..T_T)

Friday 7 January 2011

Rentetan 2010

Selamat Tahun Baru!!

Eh macam da terlambat jer aku nih,dah basi da pun ucapan tahun baru..uhuh!
Tapi takpe,aku nak jugak wish Slamat Tahun Baru..! Ah,pedulik hape aku..
Actually,Tahun 2010 banyak meninggalkan memori buat aku..sayang sangat rasanya nak tinggalkan tahun 2010..tapi apakan daya,sudah lumrah kan..masa yang dah berlalu memang tak dapat diundur semula..
Banyak kisah suka,duka yang aku alami sepanjang tahun 2010..Kisah suka yang kalau tak pandai kawal,memang boleh lupa diri..& jugak kisah duka yang kalau aku tak bijak menghadapi,memang boleh gila jadinya..

Tapi aku harus tabah,kan..walau ape pun berlaku,hidup perlu diteruskan..impian harus terus dikejar & dilaksana..hurm,nak citer lah sikit ape yang berlaku sepanjang 2010 ni..


Januari 2010
Dapat tawaran kerja..Goverment..& dalam masa yang sama dapat offer tuk further study kat UITM..Study kt uni,sumer orang nak kan..? n kerja gomen,pun sumer orang impikan..
Aku tak tau nak pilih mane satu..tapi kalo ikutkan ati,nak jer aku pilih tawaran blajar tu..sbb tak terfikir langsung pun nak keje..memang dalam ati aku masa tu nak blajar jer..pastu bila dah dapat segenggam ijazah,baru r nak fikir pasal nak carik keje yang elok kan..
Tapi atas nasihat semua,aku sebulat suara,dengan hati yang nekad(chewahh) aku terima je tawaran keje tu..offer sambung blajar bila2 pun boley dapat kan..tapi offer gomen susah nak dapat..skali kite tolak,memang takkan dapat da nanti kan..

April 2010
Berlangsungnya majlis konvo aku di Politeknik..syukur,berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya setelah bertahun bertungkus lumus..



muka yang suda keletihan..mekap pun da ilang;p


Mei 2010
Tarikh 7 Mei 2010 memang takkan aku lupa sampai bila2..di saat orang lain sibuk duk sambut hari ibu,kami adik beradik terpaksa menyambutnya dalam kesedihan..hanya doa dapat kami panjatkan sebagai hadiah buat umi kami..umi telah meninggalkan kami buat selama2nya..
Sungguh aku tak sangka,sungguh aku tak menduga..sungguh,aku masih belum bersedia untuk menghadapinya..Terasa dunia ni seperti kosong seketika..hidup terasa tidak bermakna secara tiba2..adik2 masih perlukan umi..macamane aku nk beri kekuatan pada mereka sedangkan aku sendiri tak cukup kuat menghadapinya..tapi aku harus kuat,walau aku tak kuat sekalipun,aku harus pura2 kuat..demi adik2,demi bak(ayah) aku..Dugaan paling besar dalam hidup..terlalu panjang untuk diceritakan kisahnya..terlalu sedih untuk mengingatinya..ada masa,aku ungkap semula pada entri yang lain..InsyaAllah..

Oktober 2010
Abang aku pulak yang konvo..UPNM,tak lama lagi jadik kapten kapal..tahniah!!!
Kalau umi ada,pasti dialah orang yang paling excited..


Hari kemenangan buat abang..


Hensem x ayah kite..?;p
Disember 2010
Result adik aku UPSR agak mengejutkan,walau tidak cemerlang,tapi sangat tidak dijangka..nak dibandingkan dengan sikap dia yang malas blaja tu,memang tak sangka lah dapat result gitu..

Adik aku sorang lagi pulak amik PMR..agak cemerlang keputusannya..kalaulah umi masih ada kan..rindu melihat air mata kegembiraan umi..

Teringat pulak,sejak umi sakit,dia sangat mudah mengalirkan air mata..sedangkan sebelum tu,sangat susah nak tengok umi menangis,dia jugak selalu mengajar aku supaya tidak mudah melatah dengan apa saja dugaan yang menimpa,supaya tidak mudah mengalirkan air mata..jangan tunjuk sangat kelemahan kita depan orang..
Sebab tu lah kot,aku jadi sorang yang sangat kebal,sgt sukar nk tengok aku menangis..kalo sesape tertengok aku nangis tu,paham2 jelah..maknanya aku dah betul2 sedih..aku dah tak dapat nak bendung sangat dah kesedihan aku tuh..sakit kan pendam kesedihan sensorang..?*_*


Masa APC(Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)
p/s:gambar ni masuk fb KKM(bangga jap,hehe)..tapi muka aku garang kn time nih
Eh,ade kaitan ke gambar ni ngan kisah suka duka aku..?
Heh,ade la kot..sbb festime aku dpt berdiri sbelah menteri nih,biarpun hanya menjadi 'gadis dulang'..T_T

Terimalah kekalahan anda

**Entry da lama..baru nk post..ah,pedulik hape aku..heh**

Kalo dah kalah tu trima je ler..tak usah ler nak tuding2 jari kat sesape ye dak..
sudah terang lagi bersuluh,kekalahan anda bukan kerana pancaran laser yang kononnya menjadi punca gangguan buat penjaga gol mereka..
Tapi korang kalah sebab memang korang kalah ah..haha
Poyo kan penjaga gol dia tu,macam saje je nak tutup kegelisahan dia dengan memprotes tak tentu pasal..
Huh,suka aku baca artikel nih..copy sket..heh
*******************************************************************************
BUKTI...penjaga gol Malaysia Mohd Sharbinee Allawee Ramli terkena sinaran laser hijau (bulatan) semasa perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, 1 Disember lalu.
BUKTI...penjaga gol Malaysia Mohd Sharbinee Allawee Ramli terkena sinaran laser hijau (bulatan) semasa perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, 1 Disember lalu.
ANDAI penyokong skuad kebangsaan Indonesia pantas menuding jari ke arah peminat Malaysia sebagai punca kekalahan mereka akibat penggunaan cahaya laser pada final pertama Piala Suzuki AFF, skuad kendalian Alfred Riedl itu sepatutnya memikirkan semula siapa sebenarnya yang mencetuskan fenomena penggunaan alat itu.
Benar, mungkin ada segelintir penyokong tuan rumah melakukan kesalahan itu ketika menumbangkan skuad Garuda 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, tetapi sebenarnya tindakan itu awal-awal lagi sudah dilakukan penyokong Indonesia pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan dalam saingan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, 1 Disember lalu.

Salah satu insiden paling jelas ketika itu ialah apabila aksi penjaga gol negara, Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang terganggu dengan penggunaan pancaran laser penyokong Indonesia sehingga membolehkan pemain penyerang, Irfan Haarys Bachdim meledakkan gol kelima pada masa kecederaan.

Bukan setakat itu saja, malah sepanjang babak pertama dan kedua sewaktu skuad kendalian K Rajagobal diratah 5-1 oleh Indonesia, ada saja kelihatan pancaran laser ditujukan kepada barisan pemain negara.

Lalu timbul persoalan, wajarkah hanya penyokong Malaysia dilabel sebagai pencetus kepada penggunaan laser sedangkan awal-awal lagi penyokong Indonesia sudah ‘mengajar’ bagaimana untuk menyalahgunakan alat berkenaan.

Walaupun skuad kendalian Alfred Riedl terutama penjaga gol mereka, Markus Harison Rihihina berkali-kali menuduh penyokong Malaysia sebagai punca kekalahan mereka, namun ramai juga penyokong setia skuad Garuda muak dengan alasan berkenaan.


Laman web Kompas.com umpamanya dihujani dengan komen-komen peminat Indonesia yang menyatakan mereka mengakui terlebih dulu melakukan penggunaan laser selain tidak menganggap isu berkenaan sebagai punca utama kekalahan skuad kesayangan mereka.

“Positif thinking saja... kalo mahu jujur, saat Indonesia bertemu Malaysia di Senayan, ketika gol kelima dilakar oleh Irfan Bachdim, terlihat jelas di wajah penjaga gol Malaysia ada sinar laser hijau... coba lihat,” demikian komen seorang penyokong Indonesia yang menggunakan nama PekanBaru Tki dalam entri terbaru laman web Kompas.com.

Selain itu antara petikan komen lain ialah: “Ha ha... laser jadi kambing hitam, nanti kalau di Senayan kalah lagi kambing hitamnya ada nggak ya?.” Jelas sesetengah pihak di Indonesia hanya menggunakan isu laser itu untuk mencari jalan keluar daripada kekalahan yang mereka terima. Malah, sepanjang masa 15 minit ketika Malaysia menjaringkan ketiga-tiga gol itu, ketika tiada sebarang pancaran laser dipancarkan kepada pemain Indonesia.

Dengan pelbagai komen yang seolah-olah tidak memihak kepada sesiapa itu, jelas sekali menunjukkan skuad Indonesia serta penyokong setia mereka tidak perlulah lagi menuding jari lagi ke arah penyokong Malaysia kerana sudah jelas, mereka yang memulakan dulu insiden penggunaan cahaya laser.

credit to : harian metro


p/s : handsome la pulok keeper nih..^_^