Monday 10 December 2012

The New Me

Hai semuaa..Assalamualaikum...
Tak jawab dosa,jawab sayangg..(ni blog Maria Elena ke ape nih?heh)

Aii lame bebeno teman tak update blog ini yeh?rindu pulok rasanya(poyoss)

Ok sempena dh lama tak update nih,teman nak gitau..teman dh jadik org baru..hihihik *gelaktutupmulut.
"Nape?ape yg barunye?ko dah kawin ke?"
Eh,no no no no no..blum lg okies..amboii gelojoh nor..^_^
Actually,ai is dh pakai Braces tau..aii is suker..;)
Ai is tak sabar nak cite pengalaman ai pakai mende alah nih..best;)
Tapi mcm panjang la nak cite..lagipun,ade ke org tau?heh,perasantan la ko nih
Hee takpe2,tak kisah la ade org nak tau ke tidok,aku tetap nak cite..tp nak tunggu ade org tanye(komen) baru nak cite..haha poyo tak poyo tak?T__T



p/s : Kejap teman kejap aii,gilo ko apoo??*gelaksopansambiltutupmulut*takut trcabut braces katenye..heh

Monday 25 July 2011

Tak sedapp! Kurang masinn! Cehh!

Arini takde keje sangat..boring gila kot..gila pun tak boring macam nih..
Da la perut tersangat la lapar..Tadi ingat nak puasa..even tak sahur,tapi berlagak konon2 kuat la kan..
Skali masuk kul 11,aku punye gastrik datang menyapa..sangat kuat dia menyapa hingga memaksa aku untuk berbuka dengan serta merta..heh sangat sadis kan cite nih..T_T

Mula2 nak wat air milo,tapi bila masuk pantri..nampak ada serawa durian ke sendawa ntah..sape yang bawak ni pun aduii..skali kak saleha menjerit dengan ayu...

"Ika,ko makan la tu akak bawak..makan ngan roti tuh.." (eh,dia dengar ke aku tanye,heh)
"Eii..ape ni..?*buat muka annoying
"Itu kuah durian la..serawa durian,takkan ko tak kenal?ke kat kelantan panggil ape?"
"Ooh...durian...Eii,ika tak makan la doyan..kampung la..ishh*wat muka annoying lg skali
"Ahh,sudah la ko..tak payah nak blagak..jap gi aku tengok ko ngadap mende tu,siap!"

Tak sampai 2 minit,roti cicah doyan sendawa tu dah slamat dlm perut aku..huih,sedap la plak..3keping roti aku hadap! Sambil2 tu jeling gak kak saleha kot2 dia nampak..heheh macam la dia taktau..hikhik

Pastu keluar,aku cakap lagi..
"Kak Saleha,kuat la bau doyan tuh,tak tahan la..'
"Eleh..ko takpayah nak membongak(menipu),yang ko makan tadi ape?pigidahh,kampong konon..aku pelangkung ko karang...!"
"Wahh,garang oi..hikhikhik..tima acih kak saleha..sedappp,hingga menjilat bibir..hahaha"

Ok lunch aku arini,nasi goreng cina...ptuihh,tak sedap langsung..takde rasa ape pun..jangan kata cina,india pun tak rasa..cet,rugi duit aku jer..kalo tau,tak bayar pun tadi..cehh!


p/s : mlm ni nak masak ape eh..?sejak ade peti baru nih,rajin pulak aku masak,yang tukang makan,housemate aku lah..untung korang eh,time aku masak,ko tgk tv..time makan,elok je ko ngadap eh..kurang asam jawa!
Ok lah,Bye..! T_T

Wednesday 20 July 2011

Awak bila lagi..?

Awak bila lagi?
Eh ika bila plak?
eh ngko bila?tak sabar nak tengok ko plak naik pelamin..

Hish,boring la aku....
ni yang haku malas dah nak balik kampung skarang ni..asik2 soklan sama je aku dapat..
Bila nak kawin?tanak tunang lagi ke?eh nak tunggu ape lagi?takkan la takde calon lagi kot...

Ni sumer sepupu2 aku lah punye pasal..dorang yg kawin awal,haku lak yg kene..ceh!
Oi makcik..makcik ingat kawin ni macam main masak2 ke?main hentam je..
Ape ingat haku ni tak normal ke??sape tanak kawin kan?semua pun nak kawin,pastu mengandung,pastu beranak..nak2 dapat anak kembar..fuhh,bestnyaa la kan..heheh

Haa kan,tak semena2 aku dah verangan tak tentu fasal..hampeh tul dorang nih..
Cuba la skali skala aku balik,tanya aku sihat ke..macamane keje?ok ke?ade laki ngorat tak kat opis?eh pakai produk ape eh muka nampak comel skarang..eh??
Ni tak,duk tanye soklan tak berpekdah gitu..sentaphatimak tau..
Eh Hellooo...ai baru nak masuk doplohdua ok..bukan patplohdua..ai masih remaja..muda trangtangtang..takkan dah kene pikir pasal bende tu kot..
Ehmacamsial la..ptuihh(zizan dlm KL Gangster)



Okeyh,entri takpuashati abis di sini..saya terpaksa sambung wat keje..gaji bulan 7 da nak 'run'...
Till then,take care people..(Tiru ayat Fatin Suhana nih)



Tak puas lagi duk bwh ketiak bushuk bak..^_^



p/s : Kalo ade org bagi duit patblasratusribu kat aku skarang nih,esok jugak aku gi wat persiapan nak kawin..huh glojoh gak aku ni ek..T_T

Thursday 16 June 2011

Ish kesian.....

Ish ish ish...kesian plak gua tengok blog gua nih..dah macam ape da..sudah lame idok di'update'..
kalo bilik,dah bersawang bagai dah ni..uhuh tapi xpe..blog gua amat memahami diri gua yang agak bizi ini..wahh gitu...T_T
Ok untuk memujuk blog gua yang agak busyuk ni..gua bagi lah..sekeping gambo..ek?suke la tu..^_^


Okeh,trima la muka gedikss yang amat dari gua..mueheheh *_<

Friday 20 May 2011

Sedihnya..Pengorbanan seorang ibu demi menyelamatkan anak2nya..sehingga diri sendiri menjadi korban..:'(

Kasih Rafidah ke hujung nyawa





ALLAHYARHAM Rafidah Ismail, 36, seorang ibu biasa yang terkorban ketika mengharungi dugaan luar biasa. Namun, apa yang berlaku kepadanya bagai manifestasi betapa agung dan agamnya kasih bonda yang bergadai nyawa demi anak-anak tercinta.

Sebagai ibu, dia bukan sahaja telah mengharungi sengsara sembilan bulan melahirkan zuriat, bahkan dia bergelut dengan api demi mendahulukan kasih sayangnya buat tiga cahaya matanya.
Pada pukul 1.30 petang, Jumaat dua minggu lalu, ketika khutbah berkumandang di mimbar-mimbar masjid, Rafidah dan tiga anaknya, Rashidah Illyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6 dan Zaim Iqbal Zamri, 2 melalui detik cemas apabila rumah jenis teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, Kelantan terbakar. Punca api dilaporkan bermula dari arah dapur.

Menurut akhbar, Rafidah tidak dapat menemui kunci pintu jeriji besi depan rumahnya mungkin dek kerana panik. Ia menyebabkan empat beranak itu yang berada di ruang tamu terperangkap dalam api yang makin marak.

Api menyambar tubuh

Lantas, Rafidah yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Krai kemudian nekad memecahkan cermin tingkap. Dia kemudian memerah sekuat kudrat dengan membengkokkan palang besi tingkap untuk menyelamatkan anak-anaknya terlebih dahulu dengan mengeluarkan mereka menerusi tingkap. Mungkin itu hasratnya kerana jika diukur daripada saiz tubuh Rafidah yang agak besar dengan berat 85 kilogram tidak memungkinkan dia keluar daripada ruang tingkap yang kecil itu.

Bunyi kaca yang pecah telah mengundang tanya di hati jiran sebelah rumahnya, Hasnah Mahmood, 34, seorang wanita yang sedang sarat mengandung lalu bergegas ke rumah Rafidah dan terkejut apabila Rafidah memberitahu rumahnya terbakar.

Hasnah membantu Rafidah menyambut keluar anak-anaknya dari tingkap bermula dengan yang bongsu, anak kedua dan anak sulungnya.
Kala Rafidah mengeluarkan anak sulungnya, Rashidah Illyana, Hasnah sudah pun menyaksikan api menyambar belakang dan kepala Rafidah. Kisah tragis itu berakhir dengan Rafidah membawa naluri kasihnya sehingga ke liang lahad apabila ditemui rentung berdekatan pintu rumahnya oleh bomba setelah kebakaran berjaya dipadamkan.

Suaminya, Zamri Hamat, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah pada masa kejadian kerana bertugas dalam operasi hutan di Grik, Perak. Sebaik sahaja menerima berita itu pada kira-kira pukul 2 petang hari kejadian, dia bergegas pulang dan tiba di Kuala Krai pada pukul 6 petang.
Zamri ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini, nampak tenang namun apa yang tersimpan dalam gejolak rasa lelaki cekal itu tiada siapa yang tahu. Bayangkan, hati suami mana yang tidak luluh apabila kepulangannya ‘disambut’ dengan jasad isteri yang sudah rentung tidak bernyawa.
“Arwah rentung sepenuhnya sehingga identitinya sukar dikenali. Saya tidak sangka ini terjadi kerana ketika saya menghubunginya malam sebelum itu tidak ada apa-apa yang membimbangkan melainkan arwah memberitahu anak yang bongsu demam. Tapi, ini semua ketentuan Ilahi yang tidak mampu dilawan. Sudah ditakdirkan Tuhan arwah dijemput ajal apabila tiba masanya, tidak lebih atau kurang sesaat pun. Saya reda,” ujarnya yang berkahwin dengan Rafidah pada tahun 2004.

Zamri berkata, Rafidah seorang ibu yang tegas, namun amat penyayang. Dia juga seorang yang amat mementingkan keselamatan anak-anak dan suka membantu orang lain.
Baru tiga minggu lalu, Rafidah membelikan banyak kain ela untuk dihadiahkan kepada ibu dan pengasuh anaknya selain untuk mereka sekeluarga bagi dibuat baju raya sempena Aidilfitri Ogos nanti.
“Anak-anak saya pun tidak banyak bercakap tentang hal itu mungkin mereka masih terkejut. Apabila saya tanya anak sulung, Rashidah cuma kata nampak api,” katanya.
Jeritan sayu Rafidah

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dalam pertemuan itu, anak bongsu, Zaim Iqbal banyak menangis dan cuba ditenangkan Zamri. Anak kecil itu seolah-olah dapat merasakan ibu yang selalu didampinginya tiada lagi di sisi. Rashidah dan Zaim Shahrul seperti kanak-kanak biasa yang mungkin masih mentah yang adakalanya berlari ke sana sini. Namun, bila disua untuk bercerita tentang tragedi yang membuatkan mereka kehilangan ibu sekelip mata itu, mereka enggan bersuara.

Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang uzur dan adik Rafidah, Roziah Ismail yang berusia 20-an juga menerima trauma yang tidak kurang hebatnya. Mereka yang tinggal di taman perumahan yang sama sempat tiba di depan pintu rumah Rafidah, namun tidak berjaya menyelamatkannya.
Jeritan sayu Rafidah yang merupakan anak sulung: “Abah tolong Along!” dan “Ji, tolong Along Ji!” sehingga teriakan itu lenyap mungkin suatu yang sukar diasing daripada ingatan.

Ismail yang menghidap lelah hanya mampu termengah di depan pintu rumah dan terduduk selepas berlari ke situ, manakala Roziah mencuba pelbagai perkara untuk menyelamatkan kakaknya seperti mengetuk pintu jeriji besi dengan batu dan menghubungi pihak bomba.

Jika Ismail dan Roziah sempat tiba ke rumah Rafidah, ibunya, Romlah Mamat, 56, pula jatuh terguling di tengah jalan ketika berlari untuk ke rumah Rafidah sebaik sahaja dimaklumkan jiran berlaku kebakaran itu.
Bergelar jururawat, sifat membantu sebati dalam diri anak sulung enam beradik itu. Menurut Romlah, Rafidah seorang yang gemar menghulurkan bantuan kepada orang lain dan sebagai kakak dan anak yang sulung, dia sanggup berkorban.

“Sebelum ini dia berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu namun, meminta untuk berpindah ke Hospital Kuala Krai kerana mahu menjaga saya dan suami memandangkan rata-rata adiknya terpaksa tinggal di luar negeri ini atas tuntutan kerjaya dan keluarga.
“Ramai rakannya datang ziarah tadi dan ada yang memberitahu mak cik, Rafidah orang yang paling ceria di hospital. Lepas ini pasti mereka sunyi,” katanya.

Romlah juga tidak dapat membendung tangis, tatkala mengenangkan keanehan apabila anaknya itu menghadiahkannya kain ela untuk dibuat baju raya lebih awal daripada biasa pada tahun ini.
“Selalunya dalam dua bulan nak raya, tapi kali ini lebih awal. Dia sudahpun beri kain ela itu pada mak cik. Dia juga belikan kain ela untuk pengasuh anaknya yang juga adik mak cik,” katanya.
Seorang ibu saudara Rafidah, Raihaniah Yaakob, 62, menyifatkan ketiadaan Rafidah sebagai kehilangan yang besar bagi dirinya.
“Dialah yang banyak membantu apabila mak cik ke hospital dan menghubungi mak cik bertanya khabar kesihatan. Mak cik ni ada macam-macam penyakit, darah tinggi, kencing manis. Dia memang suka menolong siapa-siapa pun terutamanya orang tua. Dia juga merancang untuk membantu ayah mak cik yang sakit tua menjalani proses pembedahan di bahagian perut Julai ini,” katanya sebak.

Jirannya, Hasnah berkata, menyaksikan api yang sudah menyambar di kepala dan belakang Rafidah merupakan visual yang menerbitkan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya kala melihatnya dan melalui detik genting itu. Saya cuba menenangkan Rafidah untuk mencari kunci dan minta dia bertakbir. Namun, saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimanakah kalau perkara sebegitu berlaku kepada saya,” katanya yang menyifatkan Rafidah seorang jiran yang peramah.

Hasnah bagaimanapun tidak tahu bagaimana Rafidah membengkokkan palang besi tingkap itu. Menurut keluarga, ia dipercayai dilakukan dengan tangan Rafidah sendiri. Barangkali ada kekuatan yang diberikan Tuhan saat itu seiring kekuatan nalurinya untuk menyelamatkan anak-anaknya.

Takdir Tuhan juga, di saat semua barangan dalam rumah binasa, dua naskhah al-Quran dan lima helai kain ela yang diletak bersebelahan dengan kitab-kitab suci itu tidak dijilat api seperti yang dilaporkan Kosmo! baru-baru ini.

Walau apapun hikmahnya yang hanya diketahui Tuhan, namun, sekurang-kurangnya kain ela itulah kenangan dan penyambung kasih sayang Rafidah buat anak-anaknya walaupun dia sudah bersemadi di pusara.


palang tingkap yang dibengkokkan..
Kalo pikir logik..ape lah sgt kekuatan seorang wanita nk bengkokkan palang besi tu kan..
tapi Allah tu maha Kuasa,diberinya kekuatan di saat genting untuk menyelamatkan nyawa anak2nya yang penting..akhirnya dia berjaya,tp diri yang menjadi korban..*_*


p/s : Sedih sangat baca kisah ni..bape kali aku nanges...:'(
       Takziah buat keluarga arwah..*_*

Thursday 19 May 2011

Entri artis hari ini..^_^

Eh3 comey nyer budak ni..nape lah comel sgt weii...eii,geram! Rase nak lempangcubit je pipi dia..uihh

Aku minat ar tengok budak ni..dia berlakon dlm Sejadah Kaabah aritu kan?dlm Juvana pun ade jugak..jadi anak makcik kantin..hehe
Aku rase macam dah penah tengok dia berlakon sebelum ni..tapi lupa la cerita ape..dah puas aku termenung duk pikir..tak keluar2 jugak..ah lantak ahh,adekokesah??

"Eh,ko duk membebel pasal sape nih??duk puji cantik2 nih..cakap pasal aku eh..?tapi aku tak penah berlakon kot..cerr cite cerr cite" T__T

Citt,poodahh...takde maknenya aku nak cakap pasal korang..jangan nak perasann lak eh..lupa lak aku nak gitau..yang aku duk membebel dari tadi ni..aku duk cite pasal budak pompuan yang comel sangatt2 nih..Ala yang berlakon dalam cerekarama Sejadah Kaabah aritu la..kan aku dah habaq tadi..nama dia Eyka Farhana tak silap aku..2 pun sebab aku google tadi,heh..seb baek aku pompuan,kalo x dah tangkap cintan dah..ni yang aku nak jadik lessbo nih..haha
Ok,layann gambar2 beliau..checkidaut!!



Comell kan??mase ni nampak macam Tiz Zaqyah skit..part mata dia kan..


kat sini macam Almy Nadia pulak..hish


Haa yang ni lagi nampak macam Almy Nadia..kan?

Almy Nadia



Alamak,seksi la pulak..heh

Comell...

Alolo comelnyer..macam puteri..

Aku kan,minat sangat ar ngan Almy Nadia nih..dia berlakon la watak ape pun..memang aku suka tengok..even bawak watak gedik,pompuan jalang,gatai nak mampus skali pun,memang aku takkan naik mual lah tengok dia..heh!
Kak Almy,bila u nak kawin ngan abang Fizz Fairuz..?tak sabau nak nengok Kak Almy pakai baju pengantin..mesti Comell macam Princess kan?Uiiii....(gatai)


Cepat la kawin korangg....T_T

 p/s : Credit gambar-Google

Friday 15 April 2011

ADE HAKU KESAHH??

Da lama tak hapdate belog..rindu lak rasenya..
Sorry ye..kepada sape2 yang merindui tulisan atau post dari saya..saya mintak maaf..
sebab saya agak bizi kebelakangan ni..harap dimaafi ye....
Nanti bila2 ade masa,saya update dengan cerita2 yang best lagi menarik..k?:)

Sbelum tu,terimalah sekeping gambar dari saya..untuk tatapan anda semua,sebagai pengubat rindu..
Semoga bertemu kembali di lain waktu..Assalamualaikum...^_^



Haa terubat tak rindu..?;p

Gambo ni masa saya ade terlibat ngan dinner kat hotel Times Square..sempena ade sorang Ketua Pengarah ni yang bersara..tp sedih...xdapat salin baju kasik lawa skit..sob sob sob
Mane tak nye,reherseal sampai tiga kali kul 7 baru siap..7.30 majlis da nak mula..mane nak solat lagi,nak mandi lagi satu hal..mekap lagi la tak sempat kan..so buat ape yg wajibalghunnah jelah..solat je yg sempat..penyudahnya,pakai jela baju buruk tuh..huh malu siot..dala kene naik pentas tolong pass hadiah..rosak majlis jer pakai baju buruk..hek
Tapi seb baek ar tak banyak pun kene naik pentas..2 kali jer,lagipun x masuk tv pun..majlis kecik2 jer..kat dewan je ponn..kalo tak..mau gelabahnya haku,nak masuk tv pakai lagu tu..
Mane mauuu nyerrrrr! Heheh
Tapi takpe kott,janji lawa..aku pakai ape pun lawa kot..erk?*nampak sangat ke perasan?T_T


Ini saya dengan bos saya..
*nape gedik nk letak gambo ni lak?budget lawa ke?
Hehe taklah..saje..;p


 p/s : 'Eh adekukesah ke ko nak update ke tak?Ade yg bace ke blog ngko??Prasan je,nak mintak maap bagai,mcm la ade org tau ko tak update blog..pigidah...!'
*Mesti korang cakap gitu kan?hiks..adekukesahh??^_^